Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

PETALING JAYA – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu akhirnya telah selamat pulang ke pangkuan keluarganya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya akan merakam keterangan lanjut daripada lelaki berkenaan, Alief Daniel Ghazally Abdul Ghaniy pada hari ini.

“ Polis akan merakam keterangan lanjut daripada Alief Daniel pada hari ini.

“Siasatan polis mendapati remaja itu takut pulang ke rumahnya kerana khuatir penjaganya dipanggil ke sekolah berkaitan satu kes gaduh,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Jumaat lalu Polis Petaling Jaya dalam satu kenyataan meminta orang ramai membantu mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar meninggalkan kediamannya.

Kali terakhir Alief Daniel Ghazally  dilihat berada di rumahnya di Jalan PJS 2C, Petaling Jaya kira-kira jam 11.50 pagi pada 1 Ogos lalu.- MalaysiaGazette