Latheefa Koya

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mengkritik kerajaan perpaduan yang kini giat menunjukkan mereka lebih mengangkat isu masyarakat Melayu dan Islam daripada Perikatan Nasional (PN).

Peguam hal asasi manusia itu berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang membuat gimik mahal dengan menghimpunkan 24,000 huffaz dari seluruh negara di Masjid Wilayah di Kuala Lumpur pada bulan depan.

“Satu lagi gimik mahal kerajaan Madani untuk menunjukkan mereka lebih Islamik dan lebih Melayu daripada Pas-PN. Zahid sendiri tanpa segan silu mengaku matlamat politik di sebalik acara ini.

“Apa-apa pun, bagaimanakah sejumlah wang yang banyak dibelanja bagi mengumpulkan 24,000 huffaz pada acara sekali anjur begini menjadi satu bentuk komitmen yang sebenar kepada Islam?” katanya di platform X, hari ini.

Latheefa merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mana satu majlis menghimpunkan 24,000 huffaz dari seluruh negara akan digerakkan di ibu negara.

Ahmad Zahid berkata, program itu adalah kesinambungan Himpunan Huffaz 23k yang dijalankan tahun lalu akan disempurnakan Anwar.

Dalam pada itu, Latheefa berkata, program tersebut adalah satu pembaziran dan lebih baik dibelanjakan kepada jalan yang lebih baik terutamanya diberikan kepada golongan miskin.

“Di sebalik usaha untuk menonjolkan diri masing-masing lebih Islam daripada yang lain, kerajaan Madani masih lagi enggan menarik diri daripada berurus niaga dengan BlackRock.

“Keengganan ini jelas sekali menunjukkan tahap komitmen mereka kepada ‘ummah’,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bodoh betina Kerala ni…lain lah kalau perhimpunan manusia jahil mcm ko, tak de manfaat …tu baru namanya membazir

Comments are closed.