Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen, Behrang, di Tanjung Malim meningkat kepada 82 orang setakat jam 12 tengah hari tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kapten (PA) Shahrizal Husin berkata, jumlah berkenaan membabitkan sebanyak 19 keluarga yang dipindahkan ke PPS berkenaan.