PARIS – Pelari pecut Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles meraih pingat emas acara 100 meter pada Sukan Olimpik Paris dengan catatan masa 9.79 saat.
Lyles menamatkan larian itu hanya 0.005 saat lebih pantas daripada pelari Jamaica yang menduduki tempat kedua, Kishane Thompson.
Kedua-dua pelari pecut itu mencatatkan masa 9.79s namun Lyles didapati lebih pantas dengan catatan (.784s) berbanding Thompson (.789s)
Kemanangan tersebut merupakan kemenangan pertama 100m pelari AS, sama ada lelaki atau perempuan, sejak Sukan Olimpik Athen 2004 yang dimenangi Justin Gatlin.
“Ini yang sama mahukan. Ia perlumbaan yang sengit, pihak lawan yang menakjubkan.
“Semua peserta bersedia untuk bersaing dan saya mahu membuktikan bahawa saya adalah juara antara mereka semua,” kata Lyles yang memenagi perlumbaan itu dengan catatan peribadi terbaik.
Kemenangan Lyle disahkan menerusi foto penaman (photo-finish).
Beliau yang menunggu keputusan diumumkan itu berkata: “Saya menuju ke arah Kishane dan berkata ‘Saya mahu menyatakan secara jujur rakan bahawa saya rasa anda menang’,”.
“Saya bersedia sepenuhnya untuk melihat namanya tertera dan juga nama saya tertera.
Thompson yang mencatatkan masa terpantas pada tahun ini dengan catatan 9.77s berkata, beliau tidak ‘begitu cergas’ ketika perlumbaan berbaki 30 meter.
“Saya tidak nampak Lyles, Saya tidak pasti. Ia sangat sengit” kata pelari yang berusia 23 tahun mengenai foto penamat.
“Saya meneriamanya (keputusan) dan dari sini bergerak ke hadapan.
“Semua orang suka pemenang, oleh itu saya suka untuk menang hari ini tetapi secara keseluruhan saya suka persaingan ini,: kata pelari yang berusia 23 tahun mengenai foto penamat..
Rakan senegara Lyles, Fred Kerley meraih pingat gangsa dengan catatan masa 8.81s, hanya 0.01s di depan pelari Afrika Selatan, Akani Simbine yang mencatatkan masa 9.82s.
“Saya tidak kecewa kerana saya berhadapan dengan pelari terbaik dunia.
“Pada akhirnya, tidak ramai yang boleh kata mereka bersaing dalam Sukan Olimpik.
“Sesiapa sahaja adalah yang terbaik. Ini adalah kedua saya meraih pingat,” kata Kerley yang merupakan pemenang Kejohanan Dunia 2022 dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2022.
Pada perlumbaan tersebut, pemenang pingat emas edisi lalu, Marcell Jacobs dari Itali menamatkan perlumbaan pada kedudukan kelima dengan catatan 9.85s diikuti Letsile Tebogo dari Botswana (9.86 saat), Kenny Bednarek dari AS (9.88s) dan Oblique Seville (9.91s)
Bermula di lorong tujuh, Seville (di lorong lapan) dan Tebogo (di lorong enam), Lyles memulakan perlumbaan secara sederhana namun kemudian mula mengorak langkah.
Kepala tertunduk ketika berlari pada jarak 40 meter, warga AS itu mula cuba menjarakkan diri tetapi kesemua yang bersaing terus memberi tentangan sepanjang perlumbaan.
Para penonton bersorak ketika Lyles melepasi garisan penamat bersama Thompson dan foto penamat diperlukan untuk mengesahkan Lyles sebagai pemenang pingat emas.
Dalam Stade de France dengan kapasiti 69,000 penonton, persekitaran sebelum perlumbaan hangat dengan muzik serta pertunjukan lampu yang menghiburkan penonton ketika para pelari menyesuaikan diri dengan blok pelepasan mereka.
Lampu kemudian dipadamkan dan para pelari meninggalkan trek untuk diperkenalkan kepada penonton menerusi imej, nama dan bendera negara masing-masing.
Thompson menjerit, menggenggam tangan dengan kepalanya menoleh ke belakang. Kelley menepuk dadanya.
Lyles keluar seperti kangaroo, meloncat ke trek. Jacob yang tenang mengangkat kedua-dua tangannya dan berjalan ke blok pelepasan.
Tiba masanya para pelari bersedia untuk berlumba.
Masa ditunggu seperti tidak berkesudahan. Muzik terus dimainkan, penonton bertepuk tangan secara serentak sebelum para pelari berdiri di lorong masing-masing dengan tekanan mula dirasai, hanya kedengan bunyi sebuah helikopter ketika itu.
Tembakan dilepaskan dan mata mula tertumpu pada trek bewarna unggu dengan naratif dramatik.
Para pegawai foto penamat mengkaji bukti dan Lyles berlalu pergi membawa pingat emas yang mengakhiri penantian tiga tahun lalu pada Sukan Olimpik Tokyo yang mana beliau hanya meraih pingat gangsa pada acara 200 meter.
Ditanya sama ada beliau yakin meraih pingat emas dalam acara 200 meter, acara yang mana beliau merupakan pemenang tiga kali kejohanan dunia, Lyles tidak sangsi mengenainya.
“100 peratus. Ia acara yang lebih baik untuk saya dan kini saya mencatatkan masa peribadi terbaik dalam 100 meter, saya bersedia untuk acara 200 meter,” katanya. – AFP