Tiada apa yang mampu diungkapkan, hanya syukur kerana akhirnya dapat juga tiba di bumi Makkah Al-Mukaramah selepas pesawat MH156 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Jeddah terpaksa berpatah balik semalam kerana mengalami masalah teknikal.
Pesawat MH156 yang berlepas dari KLIA jam 9 pagi waktu Malaysia tiba pada jam 4 petang waktu Saudi.