Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Ringgit dijangka meningkat di bawah paras 4.30 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS) disokong pemulihan eksport dan pelaburan langsung asing (FDI).

CIMB Investment Bank Bhd. dalam nota penyelidikannya berkata, nilai ringgit dan yen melonjak berbanding dolar AS sebagaimana yang dijangkakan.

Tambahnya, nilai kedua-dua mata wang itu masih ada potensi untuk terus mengukuh tidak lama lagi.

Ringgit diniagakan 4.4930/5010 berbanding dolar AS ketika memulakan dagangan jam 8 pagi tadi, meningkat daripada 4.4945/4995 pada Jumaat lepas.-MalaysiaGazette