Suspek kes culik kanak-kanak perempuan enam tahun Albertine Leo Jia Hui direman enam hari lagi, bermula hari ini sehingga Sabtu depan.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berumur 31 tahun dikeluarkan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi di Mahkamah Majisteret Kulai di sini selepas membenarkan permohonan polis.