Sultan Ibrahim (tengah) dan Tuanku Mahkota Ismail (kiri) menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini

JOHOR BAHRU – Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.

Turut serta dalam pertemuan tersebut, Pemangku Sultan Johor,
Tunku Mahkota Ismail.

Pertemuan tersebut berlangsung dalam masa kita-kira dua jam selain baginda turut mencemar duli santap bersama-sama Anwar.

Foto pertemuan tersebut turut dimuat naik dalam Facebook rasmi milik Tuanku Mahkota Ismail.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 31 Jan 2019.

Menerusi hantaran itu, ia menerima lebih 2,600 tanda suka, 150 perkongsian dengan 84 komen daripada warganet setakat ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast