Staf Attana Hotels & Resorts bergambar selepas menerima enam anugerah pada Majlis Anugerah Industi Pelancongan 2024.

KUALA LUMPUR – Attana Hotels & Resorts Sdn Bhd (AHR) menerima enam anugerah berprestij pada Majlis Anugerah lndustri Pelancongan 2024 yang diadakan baru-baru ini.

Anugerah yang diterima ialah Attana Hotels & Resorts (AHR) — Pengurusan Hotel & Hartanah Terbaik; Perdana Kuala Lumpur City Centre (PKLCC) — Hotel Bandar Keluarga Terbaik; Perdana Kota Bharu (PKB) — Hotel Terbaik Bandar di Pantai Timur; Espira Kinrara (EK) — Hotel Perniagaan 3 Bintang Terbaik; Villea Port Dickson (VPD) — Resort Mesra Alam Terbaik dan Kota Seriemas Golf & Country Club (KSGCC) — Lokasi Golf Terbaik

Ketua Pegawai Operasi AHR, Ron Hasni Yusoff berkata, anugerah ini mengiktiraf AHR, anak syarikat hospitaliti Permodalan Nasional Berhad (PNB), atas kemudahan yang cemerlang dan standard perkhidmatan yang luar biasa.

“Anugerah itu mengiktiraf AHR bukan sahaja sebagai kumpulan hotel kontemporari terkemuka, pengendali resort dan penyedia kelab golf tetapi juga komitmennya untuk meningkatkan pengalaman tetamu.

“la adalah bukti keupayaan kami bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penginapan kelas atas, menawarkan hospitaliti terbaik, perkhidmatan dan tempat makan terbaik secara bertanggungjawab dari segi ekologi,” katanya dalam satu kenyataan.

Anugerah itu dianjurkan oleh Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Majalah Santai Travel, dan Persatuan Fesyen, Pemodelan dan Pertunjuan Malaysia (MFMPA). – MalaysiaGazette