Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya akan berlaku rombakan besar-besaran dalam kepimpinan tertingginya. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dakwaan berita sebuah portal berita kononnya pegawai tertinggi PDRM akan ditukar keluar daripada pasukan keselamatan itu adalah tidak benar sama sekali. 

“Di sini, PDRM ingin menegaskan bahawa tiada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang perkara seperti yang dimaksudkan.

“Ini adalah berita palsu, pihak Bukit Aman juga telah menghubungi portal berkenaan namun mereka enggan mendedahkan identiti sumber yang dinyatakan di dalam laporan berita itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahu, portal itu memetik sumber, melaporkan antara pegawai yang terlibat dalam rombakan itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Portal berita juga memetik kedua-dua pegawai kanan itu telah dikaitkan dengan pertukaran ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai Ketua Pengarah.-MalaysiaGazette