HANOI – Ibu negara Vietnam, Hanoi melaporkan kematian pertama akibat streptokokus suis setakat tahun ini.
Ia adalah bakteria yang berasal daripada babi, lapor media tempatan.
Seorang wanita berusia 86 tahun di daerah Quoc Oai dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan itu.
Dia dihantar untuk pemeriksaan kesihatan di hospital tentera selepas mengalami demam panas, sakit kepala dan mengantuk.
Punca jangkitan belum dikenal pasti.
Sejak awal tahun ini, bandar itu melaporkan tujuh kes manusia streptokokus suis termasuk satu kematian.
Pusat Kawalan Penyakit Hanoi memberitahu, kebanyakan kes berlaku selepas pesakit menyembelih babi, makan jeli darah atau daging babi yang tidak dimasak. – Agensi