Keadaan kereta jenis Honda City yang terbakar 98 peratus dalam nahas di Jalan Teluk Intan dekat Kuala Bikam di sini, malam tadi. - Foto JBPM Perak

TELUK INTAN – Seorang individu yang tidak dikenal pasti identitinya ditemui rentung dalam sebuah kereta di dalam parit di Jalan Teluk Intan dekat Kuala Bikam di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.35 malam.

“Sebaik sahaja anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan serta dibantu BBP Bidor tiba di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas ke dalam parit musnah terbakar 98 peratus.

“Kita mendapati seorang mangsa rentung akibat kebakaran tersebut.

“Ketua Operasi kemudiannya mengaplikasikan konsep RECEO seterusnya mengarahkan anggota membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula, sumber air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa yang rentung telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Abdul Hazhar Ismail dan

PBK II Isma Mohamad Ubaidullah Ahmad Rani itu tamat sepenuhnya jam 12.16 tengah malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast