Sheikh Hasina Foto World Economic Forum

NEW DELHI- Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina yang melarikan diri ke India selepas kerajaannya tumbang dijangka tinggal di negara itu sehingga mendapat suaka di Britain.

Demikian laporan berita televisyen tempatan, Republic World, hari ini.

Pemimpin berusia 76 tahun itu meletakkan jawatan semalam susulan protes anti-kerajaan di Bangladesh dan seterusnya meninggalkan negara itu dengan menaiki helikopter tentera.

“Sheikh Hasina dilihat akan melanjutkan tempoh berada di India sementara menunggu jaminan suaka dari United Kingdom,” kata Republic World yang memetik sumber.- Xinhua