KUALA LUMPUR – Selepas beberapa ‘siri’ kontroversi’ dan senyap seketika, Aliff Aziz dilihat kini menyertai tabligh.

Videonya bersama seorang pendakwah dikenali sebagai Ustaz Taufik dimuat naik sendiri individu itu di akaun TikTok beberapa jam lalu.

Namun gambar itu dilihat bertarikh 3 Ogos 2024.

“Kalau kamu ada akal dan mata, kenapa kamu lihat dan hukum manusia hanya dengan telinga?,” tulis Taufik itu di ruangan kapsyen.

Aliff Aziz atau Mohamad Aliff Aziz, 33 menceraikan isterinya, Bella Astillah dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, pada 13 Jun lalu.

Ia susulan berikutan kejadian Aliff an Ruhainies ditangkap khalwat pada 9 Mac di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Sebagai rekod, Aliff dan Bella pernah bercerai talak satu pada 16 Mei 2019, namun rujuk semula ketika dalam iddah.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.-MalaysiaGazette