KUALA LUMPUR – Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa agar Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh lebih sensitif terhadap perasaan atlet dan penyokong Malaysia pada Sukan Olimpik Paris 2024.
Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, sebagai menteri, Hannah sepatutnya tidak bergambar bersama-sama pemain badminton Thailand, Kunlavut Vitidsarn yang menewaskan Lee Zii Jia.
“Menteri Belia dan Sukan Malaysia, tolonglah jaga sensitiviti atlet kita dan lebih penting perasaan penyokong dari kalangan rakyat kita,” kata Wan Ahmad Fayhsal di Facebook hari ini.
Beliau mengulas mengenai penularan gambar Hannah yang bergambar bersama-sama Kunlavut Vitidsarn di Paris.
Sejak semalam, pengguna media sosial mengkritik Hannah yang memuji jaguh badminton Thailand, Kunlavut Vitidsarn, yang mengalahkan pemain negara, Lee Zii Jia pada Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi hantaran Instagram.
Kunlavut mengalahkan Zii Jia dalam perlawanan separuh akhir acara perseorangan lelaki.
Zii Jia memenangi pingat gangsa pada perlawanan penentuan tempat ketiga manakala Kunlavut terpaksa berpuas hati dengan perak selepas kalah kepada Viktor Axelsen dari Denmark.
Semalam, Hannah memuat naik foto beiau bersama Kunlavut dan mengucapkan tahniah kepadanya atas kemenangan perak tersebut.
“Saya sangat menikmati gaya permainan badmintonnya. Sangat tenang dan teratur. Dia mempunyai peminat baru dalam diri saya!”. – MalaysiaGazette
Mcm Norza laa..mrk ni pergi ke Paris pakai duit sendiri..personal holiday…suka hati dia laa..bukan pergi atas kapasiti menteri atau presiden BAM kaa..lagi pun mmg pemain Thailand tu lebih bagus dari pemain Malaysia yg poyo jaa..apa salahnya…Terbaiklah Thailand!