Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA – Kerajan akan mengumumkan pengganti kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, petang ini.

Menurut jurucakap kerajaan, Ahmad Fahmi Fadzil, pengumuman akan dilakukan menerusi kenyataan pada jam 4 petang.

“Petang nanti pejabat Perdana Menteri akan keluarkan kenyataan mengenai pengganti Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.

Mohd Zuki akan tamat perkhidmatan secara kontrak pada 10 Ogos ini.

Beliau dilantik semula kepada jawatan tersebut secara kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 11 Ogos 2022.

Mohd Zuki berkerja di bawah empat Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketujuh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast