Pihak polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

SUNGAI PETANI – Seorang pemandu kontena maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar belakang sebuah lori sampah berhampiran lampu isyarat Taman Cendana, Jalan Lencongan Timur di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa, Muhammad Zaini Zackaria, 51, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika lori sampah dipandu lelaki berusia 59 tahun mengalami kerosakan dan berhenti di bahu jalan sebelah kiri di laluan Bandar Seri Astana menghala ke Taman Sejati.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat.

“Tiba-tiba datang motosikal mangsa yang bekerja pemandu lori kontena merempuh belakang lori sampah dari arah belakang.

“Akibat kemalangan itu, penunggang mengalami kecederaan pada kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini, untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast