Pesara Berputih Mata Simpanan Lebih Setengah Juta Lesap #MGFlash

Seorang pesara berusia 73 tahun, rugi RM655,109 selepas diperdaya pelaburan dalam talian tidak wujud yang menjanjikan keuntungan sehingga 90 peratus, dua bulan lalu, di Johor bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, apabila menyedari ditipu, warga emas berkenaan membuat laporan polis semalam.