Ribuan yang menyertai protes yang telah mengorbankan hampir 300 orang di Bangladesh. Foto AFP

KUALA LUMPUR – Mengambil kira situasi yang masih sukar diramalkan di Bangladesh, warganegara Malaysia diminta untuk menangguhkan semua perjalanan ke negara tersebut.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, sedang memantau rapat situasi di Bangladesh.

Sehubungan itu, warganegara Malaysia yang berada di Bangladesh dinasihatkan untuk mendaftarkan keberadaan dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, serta sentiasa berwaspada, mengelak daripada berada di kawasan konflik dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Sekiranya berlaku kecemasan, warganegara Malaysia boleh berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka melalui butiran di bawah:

SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI DHAKA
Alamat: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka
House No. 19, Road No. 6,
Baridhara Diplomatic Enclave,
Dhaka – 1212
People’s Republic of Bangladesh
No. Telefon: +880241081892 / 1895
+88 018 4179 8077 (kecemasan sahaja)
Emel: [email protected]

Kementerian ini juga mengambil maklum pembentukan kerajaan interim Bangladesh bagi memastikan urusan pentadbiran negara dapat berfungsi seperti biasa, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebarang perkembangan terkini ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette