KUALA LUMPUR – Wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi wartawan terkenal dengan kehebatan berpantun Datuk Karam Singh Walia semalam.

Kesihatan wartawan yang berkhidmat dengan TV3 satu ketika dahulu itu dilaporkan merosot.

Wakil Perdana Menteri, Farhan Fauzi yang menziarahi Karam Singh turut menyampaikan sumbangan kepada wartawan berkenaan.

“Semalam, Setiausaha Politik saudara Farhan Fauzi telah mewakili saya menziarahi Dato’ Karam Singh Walia, tokoh kewartawanan alam sekitar yang terkenal dengan penggunaan peribahasa langka.

“Saya dimaklumkan keadaan kesihatan saudara Karam Singh kini membimbangkan selepas beliau menghidap penyakit hati dan masalah buah pinggang.

“Selain berbicara panjang terkait pengalamannya membongkar kebobrokan petualang memusnahkan alam sekitar, saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan bagi pihak saya kepada saudara Karam Singh,” katanya dalam kenyataan.

Perdana Menteri berharap sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban kos perubatan yang ditanggung beliau.

“Saya mendoakan semoga saudara Karam Singh segera sembuh dan dapat mendidik anak-anak muda terkait kepentingan alam sekitar,” kata Anwar.-MalaysiaGazette