Presiden Kongres Keadilan India Malaysia (KKIM), Shanmugam Ramiah

KUALA LUMPUR – Parti Kongres Keadilan India Malaysia (KKIM) berharap siasatan menyeluruh dilakukan bagaimana seorang remaja berusia 14 tahun menceroboh dan menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS) baru-baru ini.

Presidennya, Shanmugam Ramaih berkata, ia bagi membolehkan tindakan pembetulan dilakukan boleh mengelakkan kejadian sama berulang.

“Pesakit dan keluarga mereka menaruh kepercayaan kepada penyedia penjagaan kesihatan, dan adalah kritikal untuk institusi anda mengekalkan standard tertinggi dalam penjagaan dan keselamatan,” katanya, hari ini.

Hari ini, remaja perempuan itu direman dua hari sehingga 10 Ogos ini kerana disyaki menceroboh dan menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam.

Menurut Shanmugam, insiden tersebut bukan sahaja menonjolkan kelemahan dalam aspek keselamatan di hospital di negara ini. – MalaysiaGazette

Remaja perempuan menyamar kakitangan Hospital Serdang ditahan reman