LIPIS – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 yang bakal berlangsung 21 Ogos ini akan lebih meriah jika Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada pilihan raya kecil Sabtu depan.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata kemenangan tersebut memberi impak penting bagi menebus kembali maruah parti untuk merampas semula kerusi DUN itu.
”Perdana Menteri memberikan tanggungjawab Felda di bawah saya yang mana ada 20 Pusat Dun Mengundi (PDM) di bawah saya.
”Tolong saya tebus maruah kita Nenggiri. Kemenangan pada 17 Ogos ini berikan manifestsi yang signifikan pada 21, 22 dan 23 haribulan ini.
”Dalam masa empat hari selepas pilihan raya ada taklimat presiden, kalau mahu perhimpuan agung meriah, minta tolong supaya sama-sama bantu di Nenggiri dan kembalikan kerusi itu kepada BN dan calon kita, Alwi,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cameron Highlands di Dewan Terbuka Laman Sejahtera di Sungai Koyan, Lipis hari ini.
Mesyuarat yang dihadiri oleh 240 pewakilan itu turut dihadiri Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Sementara itu Ahmad Zahid menegaskan semua ahli parti perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam memastikan kemenangan dan serta perjuangan parti itu disemarakkan sehingga ke peringkat akar umbi.
”Setiap ketua cawangan pemuda puteri wanita di seluruh negara bertanggung jawab untuk menterjermahkan misi atau tasawur kepada saya, tanggunggjawab ini adalah tanggunjawab bersama.
“Tetapi saya juga bertanggung jawab terhadap kepercayaan yang diberikan Datuk Seri Najib Razak ke atas saya.
”Sekarang tugas tuan-tuan dan puan- puan di seluruh negara untuk terjemahkan visi serta wawasan Datuk Seri Najib.
”Minggu depan akan ada PRK nenggiri, saya tahu, Jelai adalah pertengahan Kuala Lumpur dan Gua Musang.
“Sabtu ini ramai pemimpin UMNO dan bahagian-bahagian dan cawangan mahu membantu kemenangan di Nenggiri,” tambahnya.
Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan penamaan calon bagi pilihanraya itu 3 Ogos lalu diikuti pengundian pada 17 Ogos ini.
Seramai 20,259 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang terdiri daripada 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis.
PRK DUN Nenggiri pada Sabtu depan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PN, Mohd Rizwadi Ismail.
PRK itu diadakan susulan bekas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan oleh BERSATU pada 13 Jun lalu. – MalaysiaGazette