LIPIS – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhasrat untuk membukukan perjalanan jatuh bangun beliau dalam politik nanti.
Selain berkongsi pengalaman, beliau berharap buku itu akan menjadi panduan kepada pelapis politik pada masa akan datang.
Namun katanya, menulis buku itu bukanlah menandakan berakhirnya karier politiknya.
”Apa yang saya ceritakan semua (ketika berucap) hanya 10 peratus, lagi 90 peratus dalam buku saya bila manuskrip saya siap.
”Lazimnya tulis buku ialah orang pencen tapi saya belum nak pencen lagi. Selagi UMNO bukan parti dominan, selagi itulah saya dan rakan-rakan terus dalam UMNO.
”Mudah-mudahan jadi panduan kepada pemimpin yang akan ambil alih tempat saya nanti. Saya izinkan media buat cerita tapi jangan tambah,” katanya ketika berucap semasa Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Cameron Highlands di Dewan Terbuka Laman Sejahtera di Sungai Koyan, Lipis hari ini. – MalaysiaGazette