Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menasihati rakyat Malaysia supaya terus memberikan sokongan kepada pelumba trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang kini berada dalam fasa amat sukar selepas insiden pembatalan penyertaannya dalam acara keirin, awal pagi tadi.

Menurut beliau, pengorbanan yang dilakukan oleh jaguh berbasikal negara itu terlalu besar dan ia tidak seharusnya dilupakan begitu sahaja.