KUALA LUMPUR – Impian pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik masih membara selepas atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengesahkan slot ke suku akhir acara keirin lelaki, awal pagi tadi.
Atlet berusia 28 tahun itu layak apabila mengungguli pusingan ‘repechages’ dengan pelumba Perancis, Rayan Helal menamatkan perlumbaan di tempat kedua.
Namun kemenangan Helal dibatalkan sekali gus menyaksikan Nick Wammes dari Kanada mendapat tempat ke suku akhir.
Sebelum ini, Shah Firdaus terpaksa beraksi di pusingan ‘repechages’ apabila menamatkan saringan kelima pada kedudukan ketiga di belakang pelumba Trinidad and Tobago, Nicholas Paul serta pelumba Poland, Mateusz Rudyk.
Penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu dibatalkan selepas didapati memotong derny (basikal elektrik bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek sekali gus memaksa perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan Azizulhasni. – Agensi