Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyalahkan Amerika Syarikat (AS) terhadap serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal di tengah Gaza.

Jurucakap Presiden Palestin, Nabih Abu Rudeineh dalam satu kenyataan, mengutuk serangan itu sambil menegaskan, pentadbiran AS bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai itu dan serangan itu adalah sebahagian daripada corak kekejaman harian yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel di Gaza dan Tebing Barat.