AHMAD Farhan Fauzi ketika mewakili Perdana Menteri meninjau fasiliti di SMK Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad memastikan persekitaran sekolah di seluruh negara sentiasa berada dalam keadaan baik dan terurus.

Langkah itu  bagi membolehkan para pelajar dapat memberikan fokus kepada pelajaran, menurut perdana menteri.

“Insya-Allah saya akan terus pastikan persekitaran di setiap sekolah seluruh negara sentiasa dalam keadaan baik dan terurus, sekali gus membolehkan anak-anak fokus kepada pelajaran,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Turut dikongsikan menerusi hantaran sama adalah gambar-gambar Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi yang sedang meninjau keadaan fasiliti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom di Kuantan, Pahang.

AHMAD Farhan Fauzi ketika mewakili Perdana Menteri meninjau fasiliti di SMK Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

Menurut Anwar, Ahmad Farhan melakukan tinjauan itu semasa mewakili beliau pada sesi Ziarah Kebajikan di Indera Mahkota, Kuantan baru-baru ini.

Pada sesi tinjauan itu, Ahmad Farhan turut beramah mesra dengan ibu bapa, guru dan pelajar sekolah terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast