SAO PAULO – Semua mayat telah ditemui dari lokasi nahas pesawat ATR 72-500 di Sao Paulo yang mengorbankan semua penumpang.
Pasukan penyelamat telah berusaha mencari dan mengenal pasti mangsa bencana selepas pesawat turboprop enjin berkembar yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Voepass jatuh di bandar Vinhedo.
Jumlah mangsa telah disemak semula pada hari Sabtu adalah sebanyak 62 orang.
Sebelum ini, Voepass berkata ATR 72-500 itu membawa 57 penumpang dan empat anak kapal dari Cascavel di negeri selatan Parana ke Lapangan Tterbang Guarulhos di bandar Sao Paulo.
Tetapi ia kemudian mengesahkan terdapat seorang lagi penumpang yang tidak diketahui dalam penerbangan itu.
Rakaman yang tersebar di media sosial menunjukkan sebuah pesawat turun secara menegak, berpusing semasa ia jatuh.
Pesawat itu terhempas di kawasan perumahan, tetapi tiada seorang pun di darat yang cedera.
Tetapi hanya satu rumah di kompleks kondominium tempatan rosak.
Negeri Sao Paulo berkata, ia menamatkan operasinya untuk mengeluarkan mayat mangsa dari tapak pada 6.30 waktu tempatan pada hari Sabtu.
Ia menambah, semua mayat – 34 lelaki dan 28 wanita sedang dipindahkan ke bilik mayat polis di bandar Sao Paulo, yang mana mereka akan dikenal pasti dan diserahkan kepada keluarga.
Dua daripada mangsa, kapten dan pegawai pertama, sudah dikenal pasti.
Nahas pesawat ini adalah yang paling teruk di Brazil sejak 2007, apabila pesawat TAM Express terhempas dan terbakar di lapangan terbang Congonhas Sao Paulo, mengorbankan 199 orang.
Pada peringkat ini, tidak diketahui punca ATR 72-500 itu terhempas.
Pihak berkuasa berkata, perakam penerbangan telah diambil.
ATR, pesawat Perancis-Itali, berkata, ia akan bekerjasama dengan siasatan.
Menurut laman Flightradar24, penerbangan 2283 telah berlepas dari Cascavel pada 11.56 waktu tempatan pada hari Jumaat dan dijangka tiba pada 13.40.
Isyarat terakhir diterima daripada pesawat itu adalah kira-kira 20 minit sebelum ia dijadualkan mendarat.
Agensi penerbangan awam Brazil berkata, pesawat itu dibuat pada 2010, telah “dalam keadaan operasi yang baik, dengan sijil pendaftaran dan kelayakan udara yang sah”.
Empat anak kapal yang berada di atas kapal ketika kemalangan itu semuanya berlesen dan mempunyai kelayakan yang sah, tambahnya. – Agensi