Foto Facebook Najib Razak.

KUALA LUMPUR – “Tidak terbayang perasaannya kini. We are with you (kami semua bersama anda), Datuk Azizulhasni.

“Seluruh Malaysia tetap bangga dengan semua kemenangan dan pencapaian selama ini. Terima kasih atas segalanya.

“A legend. A champion (seorang lagenda. Seorang juara),” kata pentadbir Facebook Najib Razak, yang turut memuat naik gambar bekas Perdana Menteri itu bersama Azizulhasni.

Katanya, sukar menbayangkan perasaan yang dialami Azizulhasni selepas disingkirkan daripada pusingan pertama keirin di Olimpik Paris awal pagi tadi.

Namun beliau pasti semua rakyat Malaysia akan tetap bersama jaguh berbasikal trek negara yang sedang berdepan waktu sukar.

Baginya, atlet berusia 36 itu tetap legenda dan juara dengan semua kemenangan dan pencapaian selama ini.

Awal pagi tadi, penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu dibatalkan selepas didapati memotong derny (basikal elektrik bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek sekali gus memaksa perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan Azizulhasni.

Biarpun pasukan berbasikal negara cuba membuat rayuan, namun berdasarkan senarai pelumba ke pusingan ‘repechages’ menyaksikan tiada kelibat nama Azizulhasni.

Ini bermakna pemenang pingat perak dan gangsa di Olimpik Tokyo 2020 dan Rio 2016 tidak akan beraksi pada peringkat suku akhir hari ini. – MalaysiaGazette