Peserta yang menyertai M K Land Hunt 2024.

IPOH – Syarikat pemaju hartanah terkemuka MK Land Holdings Berhad meraikan sambutan ulang tahun ke-25 dengan menganjurkan ‘kembara mencari harta karun’ bersama media serta pihak berkuasa tempatan Ipoh dan Petaling Jaya.

Berlangsung pada hujung minggu lalu kira-kira 70 peserta menyertai M K Land Hunt 2024 bermula di Galeri Jualan Rafflesia di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

Peserta kemudian merentasi tapak pembangunan utama MK Land termasuk Damansara Damai di Petaling Jaya dan Taman Bunga Raya di Rawang, Selangor.

Mereka meneruskan kembara ke Meru Perdana di Ipoh dan Lembah Beriah di Kerian, Perak.

Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat M K Land Shahreen Rahim memberikan taklimat kepada peserta.

Destinasi terakhir membawa peserta ke taman tema Bukit Merah Laketown Resort yang tenang dan disambut dengan minum petang.

Kemuncak acara adalah majlis makan malam gala bertemakan Malam Pesta Muda Mudi yang turut disertai Pengerusi Eksekutif MK Land Tan Sri Felina Tan Mustapha Kamal dan suami, Megat Azhar Hussein.

Turut hadir pasukan pengurusan kanan, termasuk Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Ahmad Soalahuddin At-Thani; Timbalan Ketua Pegawai Operasi (Perkhidmatan Korporat); Nazri Tumin dan Timbalan Ketua Pegawai Operasi (Kewangan, Tenaga Boleh Diperbaharui dan Risiko) Frankie Chai.

Tan Sri Felina Tan Mustapha Kamal dan suami, Megat Azhar Hussein hadir pada majlis makan malam gala.

Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat MK Land Shahreen Rahim dalam ucapan alu-aluannya, menekankan kepentingan inisiatif tersebut yang menghargai hubungan baik dengan media dan pihak berkuasa tempatan.

Syarikat pemaju hartahan itu komited untuk membina hubungan yang berkekalan dan menyampaikan kecemerlangan dalam semua usahanya.

“Acara ini adalah bukti komitmen MK Land untuk mengukuhkan hubungan dengan pihak berkepentingan utama kami, khususnya media dan pihak berkuasa tempatan.

“Semasa kami meraikan ulang tahun ke-25 kami, kami berbesar hati untuk membawa semua orang bersama-sama menikmati kemesraan dan keseronokan hujung minggu,” katanya.

Pereka grafik MalaysiaGazette Siti Nuratiqah Abdul Jalil memenangi hadiah utama cabutan bertuah.

Sebanyak 25 hadiah cabutan bertuah disediakan kepada peserta bagi memperingati sambutan jubli perak tersebut dengan pereka grafik MalaysiaGazette Siti Nuratiqah Abdul Jalil memenangi hadiah utama.

Manakala Pembantu Eksekutif kepada Ketua Pegawai Eksekutif MalaysiaGazette Rashidah Jaapar memenangi pakaian terbaik kategori wanita.

Rashidah Jaapar memenangi pakaian terbaik kategori wanita.

Pasukan Bernama ‘The Gold Fingers’ membawa pulang hadiah pertama wang tunai RM3,000.

Tempat kedua dengan hadiah RM2,000 dimenangi oleh ‘Reserved Hunters’ dari The Malaysian Reserve manakala Media Prima (OMNiA) tempat ketiga dengan hadiah RM1,000.

Majlis makan malam dimeriahkan dengan persembahan daripada bintang yang sedang meningkat naik Aruel & The FaSoLa  mempersembahkan pilihan lagu-lagu hits malar hijau dari tahun 60-an dan 70-an.

Persembahan daripada bintang yang sedang meningkat naik Aruel & The FaSoLa.

Acara berakhir pada hari berikutnya dengan masa yang menyeronokkan di taman air terkenal Bukit Merah Laketown Resort menempatkan satu-satunya gelembung basah gergasi di Asia Tenggara.

Ia merupakan perayaan ketiga M K Land dalam meraikan sambutan ulang tahun ke-25 dengan melibatkan diri dengan komuniti setempat dan pihak berkepentingan.

Pasar lambak “Groove & Good Grounds” selama dua hari telah berlangsung di Damansara Perdana pada Jun dan M K Land Fun Run 2024 yang menarik hampir 400 peserta pada Julai.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast