Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar bersalaman bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri selepas sesi ‘clock in’ selepas dilantik sebagai KSN yang baharu, di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 12 OGOS 2024.

PUTRAJAYA – Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 yang akan berlangsung pada Jumaat ini bakal memberi khabar gembira kepada penjawat awam.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakarenggan mendedahkan perkhabaran gembira itu.

“Insya-Allah (ada) berita baik untuk semua penjawat awam. Berita akan menggembirakan semua penjawat awam,” katanya.

Perkhabaran gembira itu dijangka mempunyai kaitan kenaikan gaji 1.5 juta penjawat awam.

Pada Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perincian kadar baharu kenaikan gaji penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober ini.

Ketika menyampaikan amanat sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei lalu, Anwar mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula 1 Disember depan.

Kali terakhir kadar baharu kenaikan gaji penjawat awam diumumkan adalah kira-kira 13 peratus pada 2013.-MalaysiaGazette