CHIBA – Asap putih dilihat keluar dari enjin kiri pesawat Singapore Airlines ketika ia tiba di Lapangan Terbang Narita dekat Tokyo pada Isnin.
Tiada penumpang yang cedera, menurut laporan Kyodo News yang memetic kenyataan bomba.
Masalah pada Penerbangan 638 dengan 276 penumpang dan anak kapal membawa kepada penutupan landasan B kira-kira 50 minit dari sekitar 7.40 pagi ketika pesawat itu ditarik, kata Narita International Airport Corp.
Pesawat Boeing 787 itu mungkin mengalami masalah semasa mendarat, kata pengendali lapangan terbang itu.
Serpihan tayar ditemui di landasan, menurut Pejabat Lapangan Terbang Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan. – Agensi