Kerosakan premis DoubleTree by Hilton akibat dirempuh helikopter di Cairns pagi tadi. Foto media sosial

SYDNEY – Helikopter yang merempuh bumbung Hotel Hilton telah dicuri sebelum diterbangkan tanpa kebenaran, menurut syarikat helikopter tersebut.

Juruterbang yang maut dalam kejadian tu masih belum dikenal pasti.

Siasatan diteruskan untuk menentukan individu yang menerbangkan pesawat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Nautilus Aviation Aaron Finn mengesahkan siasatan itu turut mengambil kira juruterbangnya.

Tragedi itu menyebabkan kira-kira 400 orang telah dipindahkan dari DoubleTree by Hilton di Cairns Esplanade selepas nahas itu menyebabkan bahagian atas bangunan itu terbakar, kata polis.

Tiada kecederaan melibatkan tetamu hotel.

“Nautilus Aviation sedang bekerjasama rapat dengan Polis Queensland, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia dan pihak berkuasa lain masih menyiasat penggunaan tanpa kebenaran salah satu helikopter kami pada awal pagi ini,” ujarnya. – Agensi