Sebahagian daripada 500 unit SUV J7 yang dihantar kepada pengedar.

KUALA LUMPUR – JAECOO Malaysia telah menyerahkan 500 unit Sports Utility Vehicle (SUV) kegunaan lasak premium J7 yang pertama kepada para wakil pengedar.

Jenama ini telah melancarkan secara rasmi SUV J7 pada pertengahan Julai.

Tiga minggu selepas pelancaran, jenama kini memenuhi janjinya untuk melakukan penyerahan 500 unit pertama SUV J7 pada suku ketiga tahun ini, mengikut tempoh yang dijadualkan.

Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Leo Chen berkata, 500 unit SUV J7 yang diserah kepada wakil pengedar merupakan varian pacuan semua roda (AWD).

Manakala, kelompok SUV J7 seterusnya yang akan diserahkan di bulan September terdiri daripada varian pacuan dua roda (2WD).

Harga model J7 AWD yang ditetapkan pada MYR148,800, dan varian 2WD pada harga MYR138,800.

“Strategi harga JAECOO telah meletakkan SUV J7 sebagai pencabar utama dalam kategori SUV segmen C, iaitu sebagai sebuah jenama mewah yang mampu dimiliki.

“Tumpuan kami ialah untuk mengekalkan momentum kukuh bagi memenuhi pes anan yang dibuat untuk J7 pada bulan-bulan akan dating,” katanya.

Kedua-dua varian JAECOO J7 disediakan dengan waranti tujuh tahun atau jarak perjalanan sehingga 150,000km sebagai bukti keyakinan jenama tersebut terhadap inovasi dan kualitinya. – MalaysiaGazette