Persatuan Kwong Sai Kuala Kangsar meminta maaf atas kesilapan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.

KUALA LUMPUR – Persatuan Kwong Sai Kuala Kangsar meminta maaf atas kesilapan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.

Presidennya, Huang Guo Hua (ejaan Pinyin) mengakui kejadian itu berlaku kerana kelalaian dan memberi jaminan ia tidak akan berulang.

Katanya, seorang pekerja am yang juga tukang bersih memasang bendera tersebut pada 7 Ogos dan pihak persatuan diberitahu kesilapan yang berlaku pada keesokan harinya.

Sinchew Daily memetiknya berkata, kerani persatuan segera membetulkan kesilapan yang berlaku.

Jelasnya, kerani persatuan memasang bendera setiap tahun sebelum ini, tetapi tugas itu diambil alih oleh pekerja am kerana kerani sudah lanjut usianya.

Katanya, pekerja am yang berumur 60 tahun dan dipercayai kurang berpendidikan telah dipanggil polis untuk memberi keterangan dan telah dibebaskan melalui ikat jamin.

2 Komen

  1. Malaysia sudah merdeka selama 67 tahun dan kesilapan memasang bendera secara terbalik adalah tidak boleh dipandang ringan.
    Sebarang alasan ketidak sengajaan adalah tidak bertanggung jawab dan tidak harus diterima.

  2. Sengaja atau tidak, hukum tetap kena hukum. Sbb takda sapa boleh verify niat sbnr pihak ini. Sama seperti pelanggan terlupa bayar barang dr supermarket, undang2 tetap kena denda atau silap2 masuk lokap.
    Kalau tak, tiap2 tahun pun ada kes hina bendera pastu kata tak sengaja sbb yg pasang tu org bodoh berasal dr negara takda bendera. Pastu settle..tahun depan ulang balik. Ahli bintang 3 pun banyak ja dlm negara kita. Bukan kita tahu yang mana.

Comments are closed.