Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

KANGAR – Mohd Shukri Ramli berkata beliau masih Menteri Besar Perlis dan menjalankan tugasnya seperti biasa.

Menteri Besar Perlis itu berkata beliau enggan melayan sebarang isu yang hanya bersumberkan media sosial seperti laman X.

“Saya tidak mahu layan isu yang bersumberkan Twitter (kini X) sahaja.  Saya masih memegang amanah sebagai Menteri Besar dan melaksanakan tugas seperti biasa,” katanya ringkas kepada Bernama malam ini.

Mohd Shukri mengulas hantaran seorang pengguna X yang mendakwa beliau ‘diarahkan’ untuk letak jawatan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast