Setiausaha Agong UMNO, Datuk Ashraf Wajdi Datuk Dusuki menunjukkan beg yang akan diberikan kepada perwakilan bercakap selepas sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di, Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 14 OGOS 2024.

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 dan sayap-sayap parti yang akan berlangsung dari 21 Ogos hingga 24 Ogos akan dihadiri 6,433 perwakilan dari seluruh negara.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dari jumlah tersebut sebanyak 2,939 perwakilah akan hadir pada Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual berlangsung pada 23 Ogos dan 24 Ogos.

Menurut Asyaf Wajdi, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menyampaikan ucapan perasmian dan hanya pemimpin utama komponen Barisan Nasional akan dijemput.

“Kali ini kita sudah bincang di peringkat Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan untuk PAU kali kedua dilakukan secara keluarga UMNO terlebih dahulu.

“Tahun pertama kali, kita buat jemputan (kepada pemimpin parti Kerajaan Perpaduan) insya-Allah tahun depan atau sebelum pilihan raya, (seperti) dulu masa Muafakat Nasional kita jemput waktu tahun kedua.

“Kali ini kita mahu beri ruang seluasnya kepada keluaga besar UMNO untuk berbincang secara kekeluargaan dan dalaman,” katanya dalam sidang media khas sempena PAU 2024 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Jelas Asyraf Wajdi sejumlah 1,171 perwakilan akan hadir Perhimpunan Agung Wanita UMNO; Perhimpunan Agung Pemuda UMNO ( 1,173) dan Perhimpunan Agung Puteri UMNO (1,150)

Perasmian perhimpunan ketiga-tiga sayap akan dilakukan oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan pada 21 Ogos pukul 8 malam.

“Isu saya lihat banyak usul daripada bahagian-bahagian berpusat kepada rakyat. Isu ekonomi, masa depan orang Melayu dan Bumiputera.

“Banyak agenda yang seiring dengan apa yang diputuskan dalam PAU yang lepas. Contoh dalam gig ekonomi yang melibatkan 1.14 juta anak muda. Ini menyumbang kepada tercicir anak muda daripada arus pendidikan dan kemahiran perdana.

“Ini terkait dengan dasar dan inisiatif TVET yang parti buat dalam PAU yang lepas. Jadi banyak perkara dilaksanakan dan dilakukan oleh kepimpinan disambut di peringkat bahagian-bahagian termasuk agenda lain seperti program dasar tahfiz negara, halal,” kata Asyraf Wajdi.

Sejumlah 390 orang petugas media dari 54 agensi tempatan dan 6 agensi antarabangsa akan hadir untuk membuat liputan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast