KUALA LUMPUR – Kerajaan mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.25 seliter bagi tempoh 15 Ogos 2024 hingga 21 Ogos 2024.

Tetapi, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter, kata Kementerian Kewangan.

Sementara itu, harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal kepada RM3.47 dan RM2.05 seliter bagi tempoh berkenaan.

Katanya, kerajaan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit
diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

Tambah kementerian itu, kerajaan turut memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta
mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette