UMNO wajib membantah secara keras keputusan membatalkan larangan terhadap penerbitan komik berjudul ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau.
Menerusi catatan di laman Facebook Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zakarshi berkata, rakyat kecewa dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan perlu mencari jalan supaya larangan tersebut diteruskan.