Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sungai berhampiran Jambatan Sungai Klang adalah Muhammad Nidza Afham yang dilaporkan hilang semalam.

Ketika dihubungi MalaysiaGazette, katanya, mayat penyanyi dan Youtuber itu ditemui jam 7 malam tadi kira-kira satu kilometer dari lokasi asal mangsa dilaporkan hilang.

Mayat Allahyarham dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, berita menyedihkan ini turut disambut dengan rasa amat sedih oleh kakak kepada Afham iaitu penyanyi Efahanie.