Bangunan Maybank di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Malayan Banking Berhad dan Maybank Islamic Berhad (Maybank) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan komunikasi, serta mematuhi semua peraturan Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan masa operasi perkhidmatannya.

Internal measures to further strengthen and monitor our systems are in place to ensure
optimum performance.

“Langkah-langkah dalaman untuk pengukuhan dan pemantauan sistem sudah dilakukan  untuk mencapai prestasi optimum.

“Kami amat menghargai sokongan berterusan pelanggan, kesabaran
dan kefahaman pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan tindakan Penalti Monetari Pentadbiran sebanyak RM4,320,000 terhadap Malayan berikutan ketidakpatuhan pada perenggan 48(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Financial Services Act 2013, FSA) dan perenggan 58(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Islamic Financial Services Act 2013, IFSA) dibaca bersama dengan perenggan 10.32 Dokumen Dasar Pengurusan Risiko dalam Teknologi. – MalaysiaGazette