Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUALA LUMPUR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah meminta siasatan kilang haram yang memproses sisa elektronik (e-waste) tanpa lessen di Kawasan Salong, Pekan dan Bukit Ibam dibuat secara telus dan tanpa kompromi dengan mana-mana pihak.

Beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada Pasukan AMLA Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kejayaan menumpaskan kilang haram itu.

Sambil menzahirkan sokongan penuh kepada PDRM agar mempergiat dan meneruskan operasi aktiviti haram, beliau turut menitahkan agensi penguatkuasa meningkatkan penguatkuasaan lebih tegas bagi membendung jenayah alam sekitar.

Tengku Hassanal meminta semua pihak menjunjung titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar menjaga khazanah berharga seperti flora dan fauna serta sumber air di Pahang.

Minggu lepas, polis menahan 55 individu termasuk seorang bergelar ‘Datuk’ kerana disyaki menjalankan kegiatan memproses sisa buangan elektrik dan elektronik secara haram dalam serbuan di tujuh kilang. – MalaysiaGazette