NEW YORK – Pegawai Amerika Syarikat dan Israel mengakui tentera zionis telah gagal mencapai objektifnya di Gaza, dengan kemungkinan usaha melemahkan Hamas semakin berkurangan apabila perang berlarutan, lapor New York Times.
Pegawai yang ditemu bual oleh akhbar itu berkata, rejim Israel telah kehabisan pilihan ketenteraan di Gaza.
Kata mereka, pengeboman berterusan hanya akan menyebabkan lebih ramai orang awam terkorban.
Walaupun 10 bulan serangan ketenteraan, tentera Israel “tidak akan dapat menghapuskan” Hamas sepenuhnya.
Laporan itu, yang tidak menamakan pegawai itu, juga menyatakan tawanan zionis yang ditahan di Gaza tidak boleh dipulihkan melalui cara ketenteraan.
Tambahan pula, para pegawai berkata, usaha Israel untuk mengganggu rangkaian terowong Hamas yang luas telah gagal.
Malah kedua-dua pegawai itu mengakui rangkaian Hamas lebih besar dan lebih berdaya tahan daripada yang difikirkan sebelum ini.
Pegawai Pentagon menyatakan kebimbangan bahawa tentera Israel tidak dapat mengawal kawasan yang telah dirampasnya di Gaza, menurut akhbar harian Amerika itu. – Agensi