DATUK Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-45 hari ini. - Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mahu semua pihak membabitkan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) meningkatkan kepantasan memberi kelulusan tanpa berkompromi dengan peraturan berkuat kuasa bagi menjadikan Malaysia tumpuan para pelabur dalam rantau ini.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, meskipun negara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif dan peningkatan dari segi kecepatan kelulusan pembangunan, namun Kerajaan Madani akan terus memperkasa agenda bagi memudahcara perniagaan (ease of doing business).

Ujar beliau, perkara itu antara yang ditekankan beliau ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-45 hari ini.

Tambahnya, mesyuarat MPFN itu juga menjadi platform perbincangan penting antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam meneliti perkara terkait perancangan pembangunan bandar, desa dan guna tanah negara.

DATUK Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-45 hari ini. – Foto: FB Anwar Ibrahim

“Mesyuarat hari ini juga telah membincangkan mekanisme kawalan dan pengurusan bagi aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) dalam mengimbangi pulangan ekonomi serta mengambil kira aspek kemampanan alam sekitar selain tidak mengganggu kawasan hutan simpan.

“Insya-Allah, sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan terus dimantapkan bagi mewujudkan landskap perancangan pembangunan yang lebih holistik,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini. –

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast