Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata laporan DNA yang diterima daripada Jabatan Kimia Johor hari ini telah mengesahkan mangsa tersebut ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82 tahun, dan isterinya Ara Abd Hamid, 76 tahun.

MalaysiaGazette.com – Online News / Portal – Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv