Aksi ‘wheelie’ dua sahabat berusia 13 tahun membawa padah apabila kedua-duanya maut selepas motosikal mereka bertembung sesama sendiri di Elmina Business Park, Sungai Buloh, Selangor, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata dalam kejadian kira-kira 11.20 malam itu, motosikal ditunggangi mereka bertembung ketika merempit.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MalaysiaGazette.com – Online News / Portal – Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv