Dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan 40 warga Palestin yang cedera dan 80 saudara mereka berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza di Kaherah menuju ke Kuala Lumpur serta dijadualkan tiba di Malaysia pada pagi ini.

Memetik berita Bernama, Duta Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr memberitahu, seramai 40 orang awam Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza selamat berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir pada Khamis malam dengan dua pesawat Airbus A-400M milik TUDM ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan.

MalaysiaGazette.com – Online News / Portal – Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv