KUALA LUMPUR – Kem Barisan Nasional (BN) di Bukit Cekati, Gua Musang sudah mula meraikan kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Keputusan tidak rasmi menunjukan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau dikenali sebagai Awie berjaya mendapatkan majoriti lebih 3,000 undi meletakan calon Pas jauh ke belakang.
Laungan takbir sedang bergema di kem tersebut disusuli ucapan beberapa pemimpin UMNO termasuk Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Duduki, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Mohd Azmawi yang turut berada di kem tersebut kelihatan emosi sehingga menitiskan air mata sebelum dipeluk beberapa pimpinan tertinggi UMNO.
Dalam pada itu, kata Ahmad Jazlan berkata, kemenangan besar di Nenggiri juga telah membuktikan setiap fitnah tidak berasas yang telah dilontarkan oleh pihak lawan terutamanya tentang UMNO dan Kerajaan Perpaduan di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Kononnya Islam terancam bawah kerajaan Perpaduan itu tidak mendapat reaksi rakyat. Kemenangan kita di Neggiri telah memberikan signal bahawa rakyat menolak fitnah seperti ini.
“Terima kasih tidak terhingga kepada warga Orang Asli yang telah memberikan semua undi mereka kepada BN. Bukan hari ini ini sahaja sebaliknya selama ini Orang Asli sentiasa sentiasa setia kepada BN. Terima kasih,” katanya. – MalaysiaGazette