Mohd Nassuruddin Daud

KUALA LUMPUR – Kerajaan Kelantan menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nenggiri dengan lapang dada dan menghormati pilihan yang telah dibuat oleh pengundi.

Menteri Besarnya, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, walaupun Perikatan Nasional tidak berjaya dalam PRK itu, kerajaan negeri komited dengan agenda berkebajikan dengan tetap akan menyantuni dan menjaga kebajikan warga Nenggiri.

“Kebajikan dijaga melalui program dan skim yang dilaksanakan di bawah Kerajaan Negeri. Keprihatinan terhadap keperluan rakyat akan kekal menjadi keutamaan dalam setiap tindakan dan dasar yang diambil,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Nassuruddin juga mengambil kesempatan menyampaikan penghargaan kepada seluruh jentera Pas yang hadir berkampung menyantuni penduduk Nenggiri sepanjang tempoh pilihan raya itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast