Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, ketujuh-tujuh tanah perkuburan Islam di Bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan hanya mampu bertahan untuk tempoh empat hingga enam tahun. JAWI telah dikurniakan tanah seluas 220 ekar untuk dijadikan tanah perkuburan Islam di Semenyih untuk warga Kuala Lumpur.